Saturday 3 December 2011


Usai yang pertama, kita melangkah kepada tanggungjawab  yang seterusnya, iaitu tanggungjawab sebagai seorang daie. Sebagaimana telah termaktub didalam al-quraan, surah ali-imran ayat 110(kuntum khoira umat….). maka bepandukan ayat Allah ini, jelas bahawa kita sebagai manusia perlu untuk menyeru kearah kebaikan dan mencegah perkara mungkar. Imam Hassan AL-banna telah menyebut, man qalla laillahaillah, fahuwa daie. Mafhumnya, siapa yang melafazkan laillahaillah(kalimah syahadah) maka dia perlu menjalakan tugas sebagai seorang daie.

Namun ramai yang pada hari ini tidak menyedari hal ini. Sehingga ada yang mengatakan, perlu untuk membaiki diri sebelum menegur atau menyertai dunia dakwah. Hal ini jelas satu statement yang salah. Imam Hassan basri telah menyebut, kalau kamu mengharapkan orang yang benar-benar baik melakukan amar maaruf nahi mungkar, maka tidak adalah orang yang mealukannya melainkan sedikit, kerana tiada orang yang maksum dan semulia para nabi kecuali para awlia’. Kita seharusnya berpegang kepada frasa yang amat masyhur “ islah nafsak wad’u ghoirak” yang bermaksud, perbaiki diri sambil menyeru yang lain.

Insyaalah, pada post yang lain, ana akan syarahkan tentang dakwah dan sebagainya..

doa menjauhi maksiat