Friday 30 March 2012


Dengan bersaksi cinta buat yang esa serta RasulNya, ku kuatkan kudrat kembali berkarya

Dalam meniti kehidupan, kita sentiasa mengejar nikmat keimanan dan ketaqwaan. Kita bercita-cita setinggi langit, sehebat helang dan semulia Saidina Umar sehingga jin dan syaitan gentar bertemu dengannya. Kalau kita imbau kembali sirah yang terlakar, bagaimana Al-Farouq ini mendapat begitu banyak penghargaan dan tempat disisi Allah. Ketika Isra’ Dan Mikraj, Rasullah terpandang seorang bidadari yang berlainan dari bidadari yang lain. Kelainan itu terserlah pada warna kulitnya, yang agak sedikit koko berbanding bidadari yang lain. Maka, Rasullah bertanya kepada malaikat jibrail tentang perkara itu, lalu dikhabarkan itulah bidadari yang didambakan saidina umar. Subhanallah!! Hebatnya seorang yang bergelar  Singa Allah, sehingga dimakbulkan angan-angannya memiliki bidadari yang berlainan di syurga. Maka, kita dapat konklusikan, bahawa Allah akan memberikan apa sahaja yang kita hajati berdasarkan nilai taqwa seseorang itu. Jangan pernah kita hajati setinngi langit, tapi amalan kita masih di perut bumi.

Friday 16 March 2012

ketidak matangan dalam berpolitik

Kehangatan PRu  kian dirasai. Tindakan mereka yang bergelar dewasa terutamanya ahli-ahli politik mencerminkan keadaan politik tanah air, yang kebudak-budakan. Namun keadaan ini tidak dapat disembunyikan dari pengetahuan para pelajar. Apabila ada yang mengatakan pelajar tidak boleh ambil tahu tentang politik, maka itu kenyataan yang paling bodoh. Sedangkan di media-media sering memaparkan isu-isu politik, yang mana para pelajar tidak terlepas untuk memahaminya. Oleh itu, kenyataan “ pelajar tidak boleh ambil tahu tentang politik”,adalah kenyataan yang melambangkan kebodohan. Beberapa tindakan lain yang amat memalukan, ialan tindakan mengarahkan pengetua mewarnakan guru, mengikut pembangkan atau kerajaan. Ini menunjukkan satu keadaan politik yang amat tidak matang. Sedangkan pada tahun 2010, telahpun dibenarkan guru untuk berpolitik, mengapa perlu diwarnakan guru tersebut. Hal ini dapat memecah-belahkan guru kepada dua pihak. Secara tidak langsung, berlaku pula politik didalam sekolah, dan kesannya tidak lain tidak bukan kepada para pelajar. Apabila di sekolah lagi diajar untuk bermusuh-musuhan, apa lagi diluar sekolah. Oleh itu dalam melakukan tindakan, kerajaan dan semua kepimpinan masyarakat, perlu sedar akan kesannya kepada golongan remaja yang banyak belajar melalui persekitaran. Kalau persekitaran yang penuh dengan keadaan seperti sekarang, politik yang  tidak matang, saling kutuk-mengutuk di media, maka inilah yang akan berlaku kepada diri remaja.  Sedarlah, wahai mereka yang bergelar dewasa, anda diperhatikan.