Friday 30 March 2012


Dengan bersaksi cinta buat yang esa serta RasulNya, ku kuatkan kudrat kembali berkarya

Dalam meniti kehidupan, kita sentiasa mengejar nikmat keimanan dan ketaqwaan. Kita bercita-cita setinggi langit, sehebat helang dan semulia Saidina Umar sehingga jin dan syaitan gentar bertemu dengannya. Kalau kita imbau kembali sirah yang terlakar, bagaimana Al-Farouq ini mendapat begitu banyak penghargaan dan tempat disisi Allah. Ketika Isra’ Dan Mikraj, Rasullah terpandang seorang bidadari yang berlainan dari bidadari yang lain. Kelainan itu terserlah pada warna kulitnya, yang agak sedikit koko berbanding bidadari yang lain. Maka, Rasullah bertanya kepada malaikat jibrail tentang perkara itu, lalu dikhabarkan itulah bidadari yang didambakan saidina umar. Subhanallah!! Hebatnya seorang yang bergelar  Singa Allah, sehingga dimakbulkan angan-angannya memiliki bidadari yang berlainan di syurga. Maka, kita dapat konklusikan, bahawa Allah akan memberikan apa sahaja yang kita hajati berdasarkan nilai taqwa seseorang itu. Jangan pernah kita hajati setinngi langit, tapi amalan kita masih di perut bumi.

Friday 16 March 2012

ketidak matangan dalam berpolitik

Kehangatan PRu  kian dirasai. Tindakan mereka yang bergelar dewasa terutamanya ahli-ahli politik mencerminkan keadaan politik tanah air, yang kebudak-budakan. Namun keadaan ini tidak dapat disembunyikan dari pengetahuan para pelajar. Apabila ada yang mengatakan pelajar tidak boleh ambil tahu tentang politik, maka itu kenyataan yang paling bodoh. Sedangkan di media-media sering memaparkan isu-isu politik, yang mana para pelajar tidak terlepas untuk memahaminya. Oleh itu, kenyataan “ pelajar tidak boleh ambil tahu tentang politik”,adalah kenyataan yang melambangkan kebodohan. Beberapa tindakan lain yang amat memalukan, ialan tindakan mengarahkan pengetua mewarnakan guru, mengikut pembangkan atau kerajaan. Ini menunjukkan satu keadaan politik yang amat tidak matang. Sedangkan pada tahun 2010, telahpun dibenarkan guru untuk berpolitik, mengapa perlu diwarnakan guru tersebut. Hal ini dapat memecah-belahkan guru kepada dua pihak. Secara tidak langsung, berlaku pula politik didalam sekolah, dan kesannya tidak lain tidak bukan kepada para pelajar. Apabila di sekolah lagi diajar untuk bermusuh-musuhan, apa lagi diluar sekolah. Oleh itu dalam melakukan tindakan, kerajaan dan semua kepimpinan masyarakat, perlu sedar akan kesannya kepada golongan remaja yang banyak belajar melalui persekitaran. Kalau persekitaran yang penuh dengan keadaan seperti sekarang, politik yang  tidak matang, saling kutuk-mengutuk di media, maka inilah yang akan berlaku kepada diri remaja.  Sedarlah, wahai mereka yang bergelar dewasa, anda diperhatikan.

Saturday 31 December 2011

perbetulkan majlis bacaan yaasin dan solat hajat

perhatian kepada semua pelajar tingkatan tiga dan lima, anda diminta untuk mengadakan majlis solat hajat bermula hari ini, memandangkan peperiksaan akan berlangsung lagi 2 bulan...

perkara diatas sering berlaku disekolah-sekolah. apabila peperiksaan hampir tiba, maka pelajar mula bertaubat, diadakan bacaan yaasin pada setiap malam serta solat hajat. inikah kita, apabila akan menghadapi sesuatu yang besar baru kita kembali kepada pencipta???

pada suatu zaman pemerintahan firaun yang mengaku dirinya tuhan, Mesir dilanda kemarau panjang tanpa menerima hujan. rakyat-rakyat mesir datang berjumpa firaun  yang mengaku dirinya tuhan, agar diturunkan hujan, melihatkan keadaan itu, Firaun pergi dari rakyatnya, dan tinggal di sebuah bukit. firaun bertaubat dan mengakui Allah rabbul alamin. dia bersujud agar diampunkan dosanya. kemudian Allah turunkan hujan. dan Firaun kembali kepada rakyatnya, Lalu berkata, Akulah tuhan yang maha agong telah menurunkan hujan.

untuk mengelakkan kita dari melakukan apa yang dilakukan firaun, kita perlu untuk mendidik diri kita agar lebih awal dan konsisten melakukan ibadat kepada Allah, bukan sahaja menjaga yang fardhu tetapi yang sunat harus dilakukan secara konsisten walaupun sedikit.


Sunday 25 December 2011

apa hukum suka n bagitau dekat orang yang kita suka???

sebabkan dah ramai tanya ni

post kat sini ja lah...

memang fitrah dalam diri manusia untuk suka menyukai. dari kecil memang kita dah suka banyak benda, kalau yang perempuan patung mainannya, kalau yang lelaki kartun POWER RANGERS dan banyak lagi..

bila dia besar sikit, dia tengok mak ayah dia kawin. lepas itu, mengaku dia sebagai anak. dia pun terfikir dari mana datangnya dia, kenapa ayahnya sayang ibunya. kemudian ditambah dengan drama, movie, novel dan sebagainya. maka terbit dihatinya rasa ingin disukai dan menyukai.

dan apabila selesai "searching" dia pun, sukalah seseorang. kalau perempuan suka lelaki, lelaki suka perempuan lebih dari seorang sahabat, maka HARUS. tetapi suka sesama jantinalebih dari seorang kawan atau sahabat, HARAM!!! ini melawan fitrah!

dah suka rasa nak bagitau, kalau bagitau kat orang yang kita suka itu, sebab nak kawin, maka haruslah bagitau. tetapi dengan cara yang betullah, jangan bagitau atas moto berdua-duaan, bagitau ikut cara islam. dengan ditemani ayah perempuan itu, atau sekadar dua orang, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, yang mana mereka ini telah pun berkahwin...

kalau suka sebab nak test perisa pasangan kita(berzina), atau perkara yang mendekati kearah zina, HARAM..


Saturday 24 December 2011

ISLAMKAH MANUSIA HARI INI????

terbeliak kedua biji mataku, tersentak jantungku, bergetar jari-jariku, bagai mendengar bisikan malaikat maut apabila ku amati tiap butiran kata seorang Ustaz ketika menyampaikan kuliah. suaranya yang halus, namun mampu mengegarkan jiwa-jiwa yang dalam hatinya ada secebis taqwa dan setitis rasa cinta kepada Habibullah Muhammad s.a.w., apabila ustaz itu mengulangi kata- kata Imam Hassan Al- basri.

kata Imam Hassan Basri seorang yang hidup dizaman para sahabat, dan zaman selepas zaman para sahabat(taabiin) yang amat terkenal, ketika dia menyampaikan kepada penduduk Negerinya:

" aku pernah hidup dizaman sahabat,dan sekarang aku hidup dizaman kamu, aku pernah lihat kelakuan para sahabat Rasulallah dan kelakuan kamu. ketahuilah, seandainya kamu melihat para sahabat nabi, sudah pasti kamu akan mengatakan mereka orang gila, dek kerana kelakuan mereka yang terlalu takutkan Allah dan Mencintai Nabi s.a.w. tetapi seandainya para sahabat melihat kamu semua, mereka akan bertanya kepada kamu, ADAKAH KAMU INI ORANG ISLAM? "

YA ALLAH, zaman tabiin itu merupakan zaman kegemilangan islam,yang pada zaman itu masih ramai, ulama' dan auliya'(para wali)... NAMUN keislaman mereka diragui....

APA pula kata para sahabat andai mereka melihat kita!!!!!!!!!!

kita apabila melihat seseorang melakukan amal ibadat secara bersungguh-sungguh, kita akan mengatakan "sedarlah, islam itu tidak susah dan menyusahkan".

ya allah ampunkan kami....


Wednesday 14 December 2011

kembalilah muslimah

muslimah memang anugerah dunia paling berharga.seperti mana sabda nabi, sebaik perhiasan ialah wanita solehah.

andai muslimah menyelusuri jalan-jalan di dunia penuh keimana dan ketaqwaan, insyaalah, mereka akan selamat dari pelbagai kesusahan akhirat kerna noda yang terjadi akibat terleka..

andai ditanya orang yang membuka mata dengan perkembangan dunia hari ini, tentang apakah sumbangan terbesar wanita? sudah pasti didalam dunia hiburan!!! yang menyelak jendela neraka jahannam.
andai ada yang melewati kedai buku yang besar-besar, pergilah ke bahagian majalah. cuba lihat, begitu banyak majalah yang front pagenya gambar wanita berpakaian yang menggugat syahwat lelaki.. astaghfirullah... begitu juga di televisen ketika iklan, berapa banyak iklan tv yang menggunakan wanita berpakaian seperti menempah ruang didalam neraka.. nauzubillah!!!

ya allah, benarlah kata Rasulallah, fitnah terbesar ialah wanita...
ya allah kembalikan kegemilangan islam dengan kau mengembalikan wanita sehebat khadijah! fatimah! aisyah! zinnirah! summayah! yang gigih berpeluh dan bermatian menjulang namamu! bukan menjulang musuhmu yallah!!

Tuesday 13 December 2011

hukum lelaki potong rambut dengan pengunting wanita

astagfirullah!!! istighfar ana sambil mengeleng kepala, melihat sebuah kedai salon ketika dalam perjalanan ke sedim. didalam kedai itu, terdapat dua orang lelaki dan penggunting rambut kedua lelaki itu adalah wanita yang tidak menutup aurat!

menurut murabbi ana, hukumnya haram, kerana ada kedai gunting rambut yang pengguntingnya lelaki! padahal sebela 2 j kedai gunting rambut lelaki...

harap antum berhati-hati..