Friday 30 March 2012


Dengan bersaksi cinta buat yang esa serta RasulNya, ku kuatkan kudrat kembali berkarya

Dalam meniti kehidupan, kita sentiasa mengejar nikmat keimanan dan ketaqwaan. Kita bercita-cita setinggi langit, sehebat helang dan semulia Saidina Umar sehingga jin dan syaitan gentar bertemu dengannya. Kalau kita imbau kembali sirah yang terlakar, bagaimana Al-Farouq ini mendapat begitu banyak penghargaan dan tempat disisi Allah. Ketika Isra’ Dan Mikraj, Rasullah terpandang seorang bidadari yang berlainan dari bidadari yang lain. Kelainan itu terserlah pada warna kulitnya, yang agak sedikit koko berbanding bidadari yang lain. Maka, Rasullah bertanya kepada malaikat jibrail tentang perkara itu, lalu dikhabarkan itulah bidadari yang didambakan saidina umar. Subhanallah!! Hebatnya seorang yang bergelar  Singa Allah, sehingga dimakbulkan angan-angannya memiliki bidadari yang berlainan di syurga. Maka, kita dapat konklusikan, bahawa Allah akan memberikan apa sahaja yang kita hajati berdasarkan nilai taqwa seseorang itu. Jangan pernah kita hajati setinngi langit, tapi amalan kita masih di perut bumi.