Saturday 31 December 2011

perbetulkan majlis bacaan yaasin dan solat hajat

perhatian kepada semua pelajar tingkatan tiga dan lima, anda diminta untuk mengadakan majlis solat hajat bermula hari ini, memandangkan peperiksaan akan berlangsung lagi 2 bulan...

perkara diatas sering berlaku disekolah-sekolah. apabila peperiksaan hampir tiba, maka pelajar mula bertaubat, diadakan bacaan yaasin pada setiap malam serta solat hajat. inikah kita, apabila akan menghadapi sesuatu yang besar baru kita kembali kepada pencipta???

pada suatu zaman pemerintahan firaun yang mengaku dirinya tuhan, Mesir dilanda kemarau panjang tanpa menerima hujan. rakyat-rakyat mesir datang berjumpa firaun  yang mengaku dirinya tuhan, agar diturunkan hujan, melihatkan keadaan itu, Firaun pergi dari rakyatnya, dan tinggal di sebuah bukit. firaun bertaubat dan mengakui Allah rabbul alamin. dia bersujud agar diampunkan dosanya. kemudian Allah turunkan hujan. dan Firaun kembali kepada rakyatnya, Lalu berkata, Akulah tuhan yang maha agong telah menurunkan hujan.

untuk mengelakkan kita dari melakukan apa yang dilakukan firaun, kita perlu untuk mendidik diri kita agar lebih awal dan konsisten melakukan ibadat kepada Allah, bukan sahaja menjaga yang fardhu tetapi yang sunat harus dilakukan secara konsisten walaupun sedikit.


Sunday 25 December 2011

apa hukum suka n bagitau dekat orang yang kita suka???

sebabkan dah ramai tanya ni

post kat sini ja lah...

memang fitrah dalam diri manusia untuk suka menyukai. dari kecil memang kita dah suka banyak benda, kalau yang perempuan patung mainannya, kalau yang lelaki kartun POWER RANGERS dan banyak lagi..

bila dia besar sikit, dia tengok mak ayah dia kawin. lepas itu, mengaku dia sebagai anak. dia pun terfikir dari mana datangnya dia, kenapa ayahnya sayang ibunya. kemudian ditambah dengan drama, movie, novel dan sebagainya. maka terbit dihatinya rasa ingin disukai dan menyukai.

dan apabila selesai "searching" dia pun, sukalah seseorang. kalau perempuan suka lelaki, lelaki suka perempuan lebih dari seorang sahabat, maka HARUS. tetapi suka sesama jantinalebih dari seorang kawan atau sahabat, HARAM!!! ini melawan fitrah!

dah suka rasa nak bagitau, kalau bagitau kat orang yang kita suka itu, sebab nak kawin, maka haruslah bagitau. tetapi dengan cara yang betullah, jangan bagitau atas moto berdua-duaan, bagitau ikut cara islam. dengan ditemani ayah perempuan itu, atau sekadar dua orang, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, yang mana mereka ini telah pun berkahwin...

kalau suka sebab nak test perisa pasangan kita(berzina), atau perkara yang mendekati kearah zina, HARAM..


Saturday 24 December 2011

ISLAMKAH MANUSIA HARI INI????

terbeliak kedua biji mataku, tersentak jantungku, bergetar jari-jariku, bagai mendengar bisikan malaikat maut apabila ku amati tiap butiran kata seorang Ustaz ketika menyampaikan kuliah. suaranya yang halus, namun mampu mengegarkan jiwa-jiwa yang dalam hatinya ada secebis taqwa dan setitis rasa cinta kepada Habibullah Muhammad s.a.w., apabila ustaz itu mengulangi kata- kata Imam Hassan Al- basri.

kata Imam Hassan Basri seorang yang hidup dizaman para sahabat, dan zaman selepas zaman para sahabat(taabiin) yang amat terkenal, ketika dia menyampaikan kepada penduduk Negerinya:

" aku pernah hidup dizaman sahabat,dan sekarang aku hidup dizaman kamu, aku pernah lihat kelakuan para sahabat Rasulallah dan kelakuan kamu. ketahuilah, seandainya kamu melihat para sahabat nabi, sudah pasti kamu akan mengatakan mereka orang gila, dek kerana kelakuan mereka yang terlalu takutkan Allah dan Mencintai Nabi s.a.w. tetapi seandainya para sahabat melihat kamu semua, mereka akan bertanya kepada kamu, ADAKAH KAMU INI ORANG ISLAM? "

YA ALLAH, zaman tabiin itu merupakan zaman kegemilangan islam,yang pada zaman itu masih ramai, ulama' dan auliya'(para wali)... NAMUN keislaman mereka diragui....

APA pula kata para sahabat andai mereka melihat kita!!!!!!!!!!

kita apabila melihat seseorang melakukan amal ibadat secara bersungguh-sungguh, kita akan mengatakan "sedarlah, islam itu tidak susah dan menyusahkan".

ya allah ampunkan kami....


Wednesday 14 December 2011

kembalilah muslimah

muslimah memang anugerah dunia paling berharga.seperti mana sabda nabi, sebaik perhiasan ialah wanita solehah.

andai muslimah menyelusuri jalan-jalan di dunia penuh keimana dan ketaqwaan, insyaalah, mereka akan selamat dari pelbagai kesusahan akhirat kerna noda yang terjadi akibat terleka..

andai ditanya orang yang membuka mata dengan perkembangan dunia hari ini, tentang apakah sumbangan terbesar wanita? sudah pasti didalam dunia hiburan!!! yang menyelak jendela neraka jahannam.
andai ada yang melewati kedai buku yang besar-besar, pergilah ke bahagian majalah. cuba lihat, begitu banyak majalah yang front pagenya gambar wanita berpakaian yang menggugat syahwat lelaki.. astaghfirullah... begitu juga di televisen ketika iklan, berapa banyak iklan tv yang menggunakan wanita berpakaian seperti menempah ruang didalam neraka.. nauzubillah!!!

ya allah, benarlah kata Rasulallah, fitnah terbesar ialah wanita...
ya allah kembalikan kegemilangan islam dengan kau mengembalikan wanita sehebat khadijah! fatimah! aisyah! zinnirah! summayah! yang gigih berpeluh dan bermatian menjulang namamu! bukan menjulang musuhmu yallah!!

Tuesday 13 December 2011

hukum lelaki potong rambut dengan pengunting wanita

astagfirullah!!! istighfar ana sambil mengeleng kepala, melihat sebuah kedai salon ketika dalam perjalanan ke sedim. didalam kedai itu, terdapat dua orang lelaki dan penggunting rambut kedua lelaki itu adalah wanita yang tidak menutup aurat!

menurut murabbi ana, hukumnya haram, kerana ada kedai gunting rambut yang pengguntingnya lelaki! padahal sebela 2 j kedai gunting rambut lelaki...

harap antum berhati-hati..

persamaan antara aktiviti KERIS dengan Perjuangan Baginda

alhamdullilah ku rafa'kan buat rabbul alamin kerana telah memberikan satu rahmat kepada KRIM, dengan mengizinkan dan memberikan kejayaan kepada perlaksanaan KERIS 2011.

semoga apa yang dipelajari dan dilalui bersama dengan sahabat yang datang dari pelbagai daera dari negeri semenanjung ini, akan membuatkan kita menjadi insan yang lebih baik. sepertimana kata Saidina Ali karamallahu wajhah, beruntunglah siapa yang hari ini lebi baik dari semalam, dan rugila orang yang hari ini lebi teruk dari semalam.

sebagai seorang pendebat, malam kedua ketika sesi pembentangan, saya amat tercabar minda, apabila beberapa peserta mengatakan mereka tidak paham atau tak mengerti mengapa aktiviti2 itu dijalankan. dan bagaimana dapat dikaitkan dengan Rasulallah serta para sahabat. Memandangkan saya tidak diberi peluang untuk berkata-kata selepas pembentangan itu, maka saya luahkan di blog ini.

yang pertama, seperti yang saya tela ceritakan kepada kumpulan lima, ASAD, satu perkara yang terjadi ketika kita mereda hutan meneruskan perjalanan ke check point tiga... ramai peserta yang terkena pacat dan linta dan bila membuang binatang tersebut, terkeluarlah darah.

ketika meredah sungai, seorang peserta muslimin, terkena pacat pada kakinya, dan menyebabkan  darah penuh di kakinya. peristiwa ini hampir sama dengan peristiwa Rasulalla pergi ke thoif.

selepas, gagal meletakkan islam di Mekah, Rasulallah, bersama beberapa orang sahabat termasuk Abu Bakar as-siddiq, pergi ke Thoif, untuk meninjau keadaan disana. namun kehadiran Rasulallah telah dikhabarkan oleh musyrikin Mekkah kepada penduduk Thoif. setibanya Rasulallah disana, Rasullah terus diusir oleh penduduk Thoif. kanak-kanak thoif, membaling batu kepada baginda secara bertubi-tubi kepada baginda. hal ini menyebabkan pendarahan yang teruk. darah baginda telah mengalir turun ke capal baginda. dan menyebabkan darah itu bertakung. apabila baginda meneruskan untuk  berjalan, para saabat telah meriwayatkan bahawa terdengar bunyi kocakan darah!!

adakah anda ingat bunyi dan rasa apabila air sungai bertakung? inikan darah sendiri, mengambarkan Rasullah telah mengalami lebih perit dari kita. kita sekadar berdarah disebabkan lintah dan pacat, namun tidak kita rasa kesakitan. kerana itu adalah darah lintah atau pacat tersebut.

sedarlah kita, bahawa perjuangan Rasulallah itu panjang. setiap darah dan peluh hanya untuk kita, umatnya.

jadi, jika ada persoalan lagi yang ingin diutarakan, boleh emailkan kepada ana, mujaidmy@gmail.com.
jika ada salah dan khilaf, harap maaf dan tegurlah bersama penyelesaian.




Tuesday 6 December 2011

hukum minat artis korea???

bismillah, agar salah dan khilaf, ditegur bersama...
=
hurm, setiap hari soalan yang sama, ditanya oleh banat, muslimat... ape hukum minat korea, artis korea ???

hurm, meh nak gitau...

umum mengetahui x d hukum tetap dalam nas ( qat'ie) yang mengatakan haram meminati artis, x kisah la artis mana dari mana un. semua sama jer kowt...

tapi Rasulallah telah bersabda: yang mafhumnya, akir zaman artis akan dipuja.. (tanda akhir zaman)
so, yang pertama, asal sesuatu hukum adalah harus jika tiada hukum lain..
tetapi, andai korea or mana artis, buat kita terleka walau sebentar... maka akan mendekati hukum haram!!
TAPI, kalau artis yang buat kita ingat Allah, harus untuk kita minat, tetapi bukan puja dia, sampai lekat2 poster dy... tetapi kebanyakan artis yang tidak menutup aurat, maka dilarang untuk kita meminatinya..
kerana Rasulallah bersabda: pada hari kiamat, kita akan bersama dengan orang yang kita minat, cinta, puja dan sebagainya.

so, antum nak bersama artis yang x menutup aurat, yang kalau dia tidak bertaubat, maka nerakalah pengakhirannya... so fikirlah, dengan siapa antum nak bersama diakhirat kelak yer..
wallahuala..

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

masaalah seksual !!! islam ada penyelesaiannya

menyebut tentang masaalah seksual, saya telah mendegar sebuah kuliah, yang amat menarik perhatian saya tentang keadaan hari ini.

 Pada zaman ini, boleh dikatakan pelajar sekolah rendah pun sudah tahu tentang hal seks. mengejutkan, apabila baru-baru ini, pelajar darjah enam, merogol seorang pelajar perempuan yang baru 7 tahun di sebuah ladang secara bergilir-bergilir. andai pada usia 12 tahun telah melakukan jenayah sedemikian, apa pula yang akan dilakukan apabila meningkat usia remaja?

namun kita lihat, kebiasaan umur perkahwinan pada hari ini, adalah 25, malah perlu mendapatkan kerja terlebih dahulu, perlu itu dan ini. sedangkan kita pada hari ini sudah diperkenalkan tentang seks sejak dari kecil. malah, matapelajaran berkaitannya telah diajar disekolah. apabila pelajar telah mengetahui tentang seks, kemudian ditanam pula dalam diri remaja semangat ingin mencuba sesuatu yang baru, maka tidak hairanlah banyak kes zina dan buang bayi terus meningkat.

kalau kita lihat pada zaman dahulu, remaja tidak lagi kenal erti seks, malah perkataan simbol dan sebagainya. tetapi remaja pada hari ini, sudah tahu malah mudah untuk mendapatkan bahan-bahan porno.

mata pelajaran seks yang diperkenalkan bukan untuk menghentikan kes zina, tetapi mengajar remaja agar tidak membuang bayi. mala ditubuhkan sekolah khas buat insan yang terlanjur melakukan dosa besar. malah disediakan pula tabung atau tentang untuk meletakkan bayi di hospital dan sebagainya, bagi mengurangkan kes pembuangan bayi tetapi memperbanyakkan kes zina...

semuanya kembali kepada kerajaan dan masyarakat. seandainya, kita pilih Islam, maka Insyaalah, Islam mampu menyelesaikan bukan sahaja masaalah zina, tetapi masaalah buang bayi...
hudud bukan kekejaman, tetapi penyelesaian dari tuhan...




soalan berhubung pakaian yang ada lambang syaitan n salib or lambang agama lain

menurut Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, jika memakai pakaian yang mempunyai lambang syaitan atau lambang agama lain seperti salib mempunyai dua hukum berdasarkan pendapat majoriti ulama"
1. hukum yang pertama, jika lambang itu besar, kelihatan jelas dari jauh, maka haram...

2. hukum yang kedua, jika lambang itu kecil hanya terdapat pada logo sesebuah club contohnya, maka makruh.
tetapi jika logonya kecil pada baju, tetapi pemakai baju itu berbangga atau minat, atau membeli club tersebut kerana ada lambang salib atau syaitan, maka haram!!!

Saturday 3 December 2011


Usai yang pertama, kita melangkah kepada tanggungjawab  yang seterusnya, iaitu tanggungjawab sebagai seorang daie. Sebagaimana telah termaktub didalam al-quraan, surah ali-imran ayat 110(kuntum khoira umat….). maka bepandukan ayat Allah ini, jelas bahawa kita sebagai manusia perlu untuk menyeru kearah kebaikan dan mencegah perkara mungkar. Imam Hassan AL-banna telah menyebut, man qalla laillahaillah, fahuwa daie. Mafhumnya, siapa yang melafazkan laillahaillah(kalimah syahadah) maka dia perlu menjalakan tugas sebagai seorang daie.

Namun ramai yang pada hari ini tidak menyedari hal ini. Sehingga ada yang mengatakan, perlu untuk membaiki diri sebelum menegur atau menyertai dunia dakwah. Hal ini jelas satu statement yang salah. Imam Hassan basri telah menyebut, kalau kamu mengharapkan orang yang benar-benar baik melakukan amar maaruf nahi mungkar, maka tidak adalah orang yang mealukannya melainkan sedikit, kerana tiada orang yang maksum dan semulia para nabi kecuali para awlia’. Kita seharusnya berpegang kepada frasa yang amat masyhur “ islah nafsak wad’u ghoirak” yang bermaksud, perbaiki diri sambil menyeru yang lain.

Insyaalah, pada post yang lain, ana akan syarahkan tentang dakwah dan sebagainya..

doa menjauhi maksiat


Saturday 26 November 2011

TANGGUNGJAWAB PERTAMA



Dengan nama tuhan yang menurunkan al-quran sebagai panduan hidup manusia, saya memulakan tinta mujahid yang pertama.
Ketika seorang ibu menahan kesakitan mengandungkan kita, telah berlaku satu dialog, yang mana manusia telah berjanji untuk beriman kepada Allah rabbul jalil. Maka apabila, lahirnya seorang bayi itu dilaungkan kalimah suci. Laungan itulah juga akan didengari sepanjang berdirinya manusia itu diatas muka bumi Allah.
Manusia dilahirkan bersama tiga taklifan atau tugasan yang perlu dijalankan, bagi memenuhi janji ketika berada di dalam kandungan seorang ibu. Taklifan yang pertama ialah sebagai seorang ‘abid. ‘abid ialah hamba kepada tuhan yang esa. Tiada siapa yang boleh menjadi tuan pemilik tubuh dan roh kita melainkan Allah.  Maka kita sebagai ‘abid wajib memperhambakan diri kita kepada dengan mentaati perintah Allah dan Rasulnya dalam seluruh aspek kehidupan tanpa mengetepikan satu pun perintahnya. Kita perlu ingat kita sebagai ‘abid perlu berusaha terutamanya dalam beribadat supaya mencapai tahap kekhusyukan. Kata imam Hassan basri, kalau kamu tgk para sahabat, kamu akan kata mereka gila, tetapi kalu para sahabat nabi melihat kamu, mereka pasti akan bertanya, islamkah kamu??? Jadi perlu kita sedar, adakah kita mencapai tahap seorang hamba atau seorang penderhaka, yang telah Allah catatkan dalam surah yasin.. rasullah diisytiharkan sebagai hamba setelah diisra’ mikrajkan.. kita bagaimana???