Sunday 25 December 2011

apa hukum suka n bagitau dekat orang yang kita suka???

sebabkan dah ramai tanya ni

post kat sini ja lah...

memang fitrah dalam diri manusia untuk suka menyukai. dari kecil memang kita dah suka banyak benda, kalau yang perempuan patung mainannya, kalau yang lelaki kartun POWER RANGERS dan banyak lagi..

bila dia besar sikit, dia tengok mak ayah dia kawin. lepas itu, mengaku dia sebagai anak. dia pun terfikir dari mana datangnya dia, kenapa ayahnya sayang ibunya. kemudian ditambah dengan drama, movie, novel dan sebagainya. maka terbit dihatinya rasa ingin disukai dan menyukai.

dan apabila selesai "searching" dia pun, sukalah seseorang. kalau perempuan suka lelaki, lelaki suka perempuan lebih dari seorang sahabat, maka HARUS. tetapi suka sesama jantinalebih dari seorang kawan atau sahabat, HARAM!!! ini melawan fitrah!

dah suka rasa nak bagitau, kalau bagitau kat orang yang kita suka itu, sebab nak kawin, maka haruslah bagitau. tetapi dengan cara yang betullah, jangan bagitau atas moto berdua-duaan, bagitau ikut cara islam. dengan ditemani ayah perempuan itu, atau sekadar dua orang, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, yang mana mereka ini telah pun berkahwin...

kalau suka sebab nak test perisa pasangan kita(berzina), atau perkara yang mendekati kearah zina, HARAM..


No comments:

Post a Comment