Saturday 31 December 2011

perbetulkan majlis bacaan yaasin dan solat hajat

perhatian kepada semua pelajar tingkatan tiga dan lima, anda diminta untuk mengadakan majlis solat hajat bermula hari ini, memandangkan peperiksaan akan berlangsung lagi 2 bulan...

perkara diatas sering berlaku disekolah-sekolah. apabila peperiksaan hampir tiba, maka pelajar mula bertaubat, diadakan bacaan yaasin pada setiap malam serta solat hajat. inikah kita, apabila akan menghadapi sesuatu yang besar baru kita kembali kepada pencipta???

pada suatu zaman pemerintahan firaun yang mengaku dirinya tuhan, Mesir dilanda kemarau panjang tanpa menerima hujan. rakyat-rakyat mesir datang berjumpa firaun  yang mengaku dirinya tuhan, agar diturunkan hujan, melihatkan keadaan itu, Firaun pergi dari rakyatnya, dan tinggal di sebuah bukit. firaun bertaubat dan mengakui Allah rabbul alamin. dia bersujud agar diampunkan dosanya. kemudian Allah turunkan hujan. dan Firaun kembali kepada rakyatnya, Lalu berkata, Akulah tuhan yang maha agong telah menurunkan hujan.

untuk mengelakkan kita dari melakukan apa yang dilakukan firaun, kita perlu untuk mendidik diri kita agar lebih awal dan konsisten melakukan ibadat kepada Allah, bukan sahaja menjaga yang fardhu tetapi yang sunat harus dilakukan secara konsisten walaupun sedikit.


No comments:

Post a Comment